HEP

2010 telah meninggalkan banyak kenangan suka duka dalam kehidupan kita. Dalam perjalanan suka duka itu, pasti tersirat makna yang mendewasakan kita sebagai insan di muka bumi ini. Segalanya adalah pengalaman yang menjadikan kita sebagai staf yang matang dan profesional.

Biarlah kedukaan itu menjadi sempadan buat kita dan kegembiraan itu menjadi penawar dan kekuatannya. Ia akan membuatkan kita menjadi semakin berharga dalam konteks penjawat awam.

Pada tahun 2011 ini, marilah kita sama-sama membuka lebaran baru dan mengenggam azam padu untuk menjadi penjawat awam yang lebih cemerlang dan berkualiti.  Setiap peristiwa yang berlaku pada tahun 2010 kita jadikan sempadan dan panduan untuk menapak setapak lebih tinggi daripada apa yang kita kecapi tahun lepas!

Kepada semua staf ELTC, saya Dr. Sham mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011! TERUSKAN AZAM DAN TEKAD UNTUK MENJADI PEKERJA CEMERLANG!

______________________________________________________________

SELAMAT DATANG KE UNIT HAL EHWAL PESERTA ELTC

Tahun 2010

pada tahun ini, kursus panjang setahun seperti KSPK tidak dijalankan di ELTC. Sungguhpun demikian, kursus jangka pendek untuk latihan keguruan masih terus dijalankan dari masa ke semasa. Sila rujuk www.hepeltc.blogspot.com

Sungguhpun pada tahun ini unit HEP tidak mengendalikan peserta jangka panjang yang menetap di asrama, namun unit ini mengendalikan peserta kursus Certificate of Practice in English Language Teaching (C-Pelt) yang terdiri daripada 48 orang peserta kursus yang menjalankan kursus di ELTC mulai 9 Ogos hingga 11 November.

Kesemua mereka diberi tempat untuk menginap di asrama.  Penginapan ini diberikan secara menyeluruh kepada semua peserta termasuk mereka yang menetap tidak lebih daripada 30 KM dari asrama ELTC di Lembah Pantai. Ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada peserta kursus sekiranya mereka berulang-alik dari rumah ke ELTC sepanjang kursus ini dijalankan.

Sepanjang penginapan mereka di asrama, terdapat beberapa aduan yang telah dimaklumkan kepada penyelia asrama samada melalui Pegawai HEP atau terus kepada penyelia. Aduan tersebut adalah berkaitan dengan masalah air yang sering berlaku bagi peserta kursus tingkat 5. Sungguhpun pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh Pegawai Pembangunan dan Juruteknik ELTC bagi memastikan masalah tersebut dapat diatasi, namun terdapat aduan yang sama diutarakan oleh peserta yang menginap di tempat tersebut.

Selain itu, terdapat juga aduan minor seperti kehilangan bahan pencuci pakaian, syampoo dan mandian di kalangan peserta kursus yang menginap di asrama. Siasatan masih dijalankan oleh Penyelia Asrama dengan melakukan pemantauan secara berterusan semasa pencucian dijalankan.

Selain itu, tidak ada masalah berkaitan dengan penginapan dikemukakan.

__________________________________________________________

Unit HEP ELTC berbeza daripada mana-mana unit HEP IPG yang lain kerana unit ini tidak mengendalikan peserta kursus sebelum perkhidmatan (pre-service). Unit ini hanya menguruskan peserta-peserta kursus dalam perkhidmatan (in-service) yang mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan Bahasa Inggeris di institusi ini. Sehubungan itu, unit ini hanya mempunyai dua orang kakitangan yang bertugas iaitu  Dr.  Norisham bt. Hj. Abd. Ghani yang bertindak sebagai Pegawai Hal Ehwal Peserta dan En. Subki b. Abdul Halim yang menjadi Penyelia Asrama merangkap Warden.

Pada tahun 2009, Kursus jangka panjang yang ditawarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru kepada ELTC adalah Kursus Sijil Perguruan Khas – TESL. Justeru, pada masa tersebut kami mempunyai 11 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru dari Sekolah Menengah.  Mereka ini dilatih oleh pensyarah-pensyarah yang pakar dalam Bahasa Inggeris yang menjadi tunjang pengkhususan institusi ini.

Sungguhpun unit HEP hanya berurusan dengan 11 orang peserta yang menjalani kursus jangka panjang di ELTC, namun unit ini juga turut berurusan dengan peserta-peserta kursus jangka pendek yang dijalankan sepanjang tahun. ElTC mempunyai asrama sendiri yang menjadi tempat untuk guru-guru yang berkursus menginap semasa kursus dijalankan. Asrama ini mampu menempatkan 80 orang peserta dalam satu masa. Asrama 7 tingkat ini mempunyai 8 aparment  yang boleh diguna pakai untuk penempatan peserta. Setiap apartment mempunyai 5 buah bilik yang boleh menempatkan 10 orang peserta. Inilah uniknya asrama ELTC kerana walaupun ia berstatus asrama, namun rupa bentuk asrama tersebut lebih kepada apartment yang luas dan selesa. Setiap kali kursus-kursus ini dijalankan, penyelia asrama bertindak sebagai pegawai yang mendaftar kemasukan peserta di asrama (khusus untuk peserta di luar Kuala Lumpur). Pendaftaran ini biasanya dilakukan di dalam Dewan A Asrama ELTC. Selain itu, sebelum kursus dimulakan, seringkali Pegawai Hal Ehwal Peserta memberi taklimat ringkas mengenai “housekeeping” atau penempatan di asrama. Ini bertujuan untuk memudahkan peserta memahami prosedur di asrama. Selain itu, perkenalan peserta dengan Pegawai Hal Ehwal Peserta adalah penting kerana peserta boleh terus berjumpa dengan pegawai HEP sekiranya wujud masalah yang berkaitan dengan asrama, masalah  interpersonal atau intrapersonal peserta selama berkursus di sini. Ini menunjukkan keprihatinan kami di ELTC atas kebajikan para peserta yang datang berkursus di tempat kami.

Selain itu, ELTC juga mempunyai WIFI yang boleh digunakan secara percuma oleh peserta kursus. Namun, ia hanya boleh digunakan di bilik rehat dan sebahagian bilik apartment sahaja terutama di bilik aras 2 dan 3. Sungguhpun demikian, kami percaya ia mampu memberi kemudahan kepada peserta yang datang berkursus di sini.

Sekiranya peserta kursus ingin mendapatkan apa-apa maklumat mengenai asrama ELTC, peserta boleh menelefon ke talian 03-22822888 sambungan 130 dan bercakap dengan Pegawai Hal Ehwal Peserta. Kami sedia membantu anda.

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT MENGENAI KURSUS YANG DIJALANKAN DI ELTC, SILA KLIK DI SINI.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: