KEWANGAN

TUNTUTAN PERJALANAN OKTOBER 2010 –

Kepada staf ELTC,

Tuntutan Perjalanan Oktober 2010 boleh dihantar ke Unit Kewangan mulai 01 Nov 2010. Tarikh akhir penghantaran sebelum 10 Nov 2010.

Sekian, terima kasih.

 

 

ePAYSLIP (ePENYATA GAJI DAN LAPORAN) – 01/11/2010

Untuk makluman, sistem ePAYSLIP akan dilaksanakan mulai NOVEMBER 2010. Sistem ini dibangunkan untuk membolehkan Penyata Gaji Bulanan, Penyata Gaji Tahunan dan Laporan Bulanan Pejabat Perakaunan disampaikan terus kepada pengguna dan mendaftar melalui laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia (www.anm.gov.my) selaras dengan peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Unit Kewangan ELTC memohon agar setiap staf mendaftar dengan melayari laman web JANM agar dapat mengekses sistem dengan kadar segera berikutan gaji bulan November 2010 akan dibayar pada 10.11.2010.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Unit Kewangan ELTC di ext 110, 211, 120

Sekian, terima kasih.

 

Kepada semua staf ELTC,

Sub Unit Kewangan akan dikuarantin pada 13, 17 & 18hb Mac 2009, atas urusan mengadakan penyelesaian kerja-kerja kewangan. Pada staf yang ingin berhubung dengan Unit Kewangan, sila berurusan pada hari-hari yang tidak dikuarantinkan.

Terima kasih

Sub Unit Kewangan

TAKLIMAT ePAYSLIP DSG

 

Tuntutan Perjalanan Bulan Februari 2009

Unit Kewangan telah memproses bayaran Tuntutan Perjalanan bagi bulan Februari 2009 bagi pegawai berikut. Untuk makluman, akaun boleh disemak mulai hari ini.

  • Rowland Anak Arah  (Tuntutan bln Jan 09)
  • Herman bin Salehuddin
  • Siti Nur Aishah bt Yahya
  • Diana bt Ahmad
  • Norulnizam bin Musa

Terima kasih.

 

Tuntutan Perjalanan Bulan Januari 2009

Unit Kewangan telah memproses bayaran Tuntutan Perjalanan bagi bulan Januari 2009 bagi pegawai berikut. Untuk makluman, akaun boleh disemak mulai hari ini.

  • Dr Choong Kam Foong
  • Ruzaimi binti Mukti
  • Elaine Pang Ling Ling
  • Hamintan Syafinaz binti Abdul Hamid
  • Herman bin Salehuddin

 

Tuntutan Perjalanan Bulanan

Tuntutan Perjalanan mengikut Peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam dan Pekeliling Perbendaharaan (AP 100)hendaklah dikemukakan TIDAK LEWAT daripada 10 HARI BULAN dalam bulan yang berikutnya. Kelayakan untuk bayaran TNT tersebut hanya boleh diproses untuk 2 bulan sebelumnya sahaja. Surat tunjuk sebab yang diluluskan dari Pengarah/Ketua Jabatan perlu disertakan bagi TNT yang melebihi tempoh 2 bulan.

Dokumen yang Perlu Disertakan:

  • borang tuntutan
  • surat kursus/arahan rasmi
  • resit hotel
  • resit tol (touch ‘n’ go)
  • resit parking
  • resit dobi
  • resit yuran
  • lain-lain yang berkaitan

Masalah-masalah Tuntutan:

  • tiada catatan perjalanan bila menggunakan touch ‘n’ go
  • resit tol/parking tidak ditampal pada kertas A4
  • borang tuntutan tidak ditandatangan
  • surat kursus/invois yang berkaitan tidak disertakan
  • tiada pengesahan dari ketua jabatan

 

Waran Penerbangan Awam

Segala tuntutan waran perjalanan udara awam yang menggunakan pembayaran sendiri, boleh membuat tuntutan bayaran melalui Tuntutan Perjalanan bulanan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: