PERKHIDMATAN

PENGHANTARAN SKT INDIVIDU 2011

Kepada semua staf Akademik dan Staf Bukan Akademik ELTC yang masih belum menghantar borang LNPT beserta SKT tahunan 2011. Tuan diminta untuk menghantar borang LNPT dan SKT tahunan tuan selewat-lewatnya pada akhir Mac ini (31.3.2011) kepada Pegawai Eksekutif.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih. (14/3/2011)

 

 

 

 

 

MAKLUMAN

Diminta kerjasama semua Staf ELTC untuk menjaga kebersihan dan membuang sampah  dan sisa makanan tuan ke dalam tong sampah hitam di hadapan lif. Ini berikutan tiada kerja-kerja pembersihan daripada syarikat pembersihan untuk sementara waktu. Harap maklum.

Sekian, terima kasih. (8/11/2010)

PERHATIAN

Dimaklumkan kepada semua staf ELTC bahawa lif di Blok Menara dan Asrama ELTC telah diberhentikan sementara operasinya sehingga diberitahu kelak. Ini adalah berikutan pihak IPBA tidak dapat menyelenggara lif berkenaan kerana masalah tiada peruntukan.

Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian, terima kasih. (8/11/2010)

PERHATIAN

Sila ambil perhatian kepada semua staf yang membawa kenderaan sendiri hendaklah memastikan kenderaan anda diletakkan di tempat parkir kenderaan yang telah diwartakan oleh IPBA untuk warga ELTC iaitu di sekitar kawasan Rumah Khas Tetamu dan di kawasan lereng. Tuan dinasihatkan untuk tidak meletakkan kenderaan di sekitar kawasan hadapan bangunan utama IPBA kecuali bagi mereka yang telah mendapat kelulusan.

Kerjasama tuan amatlah dihargai. Sekian terima kasih.

HRMIS

Kepada semua staf ELTC, tuan diminta untuk memberi kerjasama dalam mengemaskini data peribadi tuan dalam sistem HRMIS dari masa ke semasa.

KEBERSIHAN PEJABAT

Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan pembersihkan di Menara IPBA menghadapi masalah jadual pembersihan kawasan pejabat dan tandas yang tidak menentu. Sehubungan dengan itu diharap kerjasama semua pihak untuk menjaga kebersihan kawasan anda dan membuang sampah di dalam tong sampah hitam yang telah disediakan oleh pihak IPBA di hadapan lif.

Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.

PERINGATAN PERTAMA

PENGEMASKINIAN DATA KAD PERAKAM WAKTU

Dimaklumkan kepada nama-nama yang berikut supaya mengemaskini data kad perakam waktu anda bagi bulan September 2010 sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Sekian, terima kasih.

Senarai nama

  1. Puan Zurina bt Mohamed Hashim
  2. En. Richard Teoh Kim San
  3. Puan Jasvir  Kaur a/p Kakah @Kakah Amar Singh
  4. Puan Azidah binti Abd Aziz
  5. En. Abu Bakar Bin Ahmad
  6. Cik Siti Nur Aishah bt Yahya
  7. Puan Norizan Bt Abu Bakar
  8. En. Zaudi Bin Ibrahim
  9. En. Norulnizam Bin Musa
  10. En. Muhammad Subki Bin Abd Halim
  11. Puan Zurina Bt Mohd Judi

PEMATUHAN BERKAITAN WAKTU MAKAN

Semua staf diminta mematuhi peraturan berkaitan waktu makan yang telah ditetapkan sama ada waktu makan pagi atau waktu makan tengahari seperti mana yang diterangkan di dalam surat edaran JPA.

Sila klik pada gambar untuk melihat memo yang dikeluarkan.


KEBENARAN UNTUK MENINGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA

 

Semua staf ELTC yang ingin keluar atau meninggalkan pejabat pada waktu bekerja dinasihatkan agar tidak meninggalkan pejabat melebihi 4 jam sehari dan hanya dibenarkan keluar sebanyak 2 kali dalam satu bulan kecuali bagi kes-kes kecemasan.

Jika staf perlu meninggalkan pejabat melebihi 4 jam maka staf berkenaan perlu memohon cuti rehat.


WAKTU PERGERAKAN STAF SEMASA BULAN RAMADAN

 

Sukacita dimaklumkan bahawa disebabkan oleh permohonan yang dikemukakan oleh kebanyakan dari staf beragama Islam ELTC dan atas keprihatinan pihak Pengursan Tertinggi ELTC maka staf yang berkenaan dibenarkan menggunakan Waktu Kerja Berperingkat (WP) 1 berkuatkuasa mulai dari 09 Ogos 2010 hingga 10 September 2010


SIJIL CUTI SAKIT DAN BORANG CUTI REHAT(KECEMASAN)

 

Kepada semua staf  ELTC diminta menghantar Sijil Cuti Sakit dan Borang Cuti Rehat (kecemasan) kepada Unit Perkhidmatan dengan KADAR SEGERA untuk direkod.  Ini untuk mengelakkan daripada kelewatan merekod cuti sekaligus menyebabkan Sistem Electronic Time Card (punch card) akan tertera TIDAK HADIR.

HRMIS

Kepada semua staf eltc diminta supaya dapat mengemaskini data peribadi di dalam sistem HRMIS dari masa ke semasa.

BORANG PESANAN STOR

Sila muat turun borang pesanan stor yang baru disini borang stor (kew[1].ps-11)

BORANG PENILAIAN PRESTASI PEMBEKAL

sila klik untuk muaturun http://www.geocities.com/icteltc/LAM-PUP06-03.xls

Sistem pergerakan staf ELTC berasaskan Web  (on-line) telah berkuatkuasa pada Januari 2009. Semua warga ELTC diminta agar merekodkan sebarang pergerakan keluar dan masuk pejabat sama ada untuk menjalankan tugas rasmi atua tidak secara on-line dengan merujuk kepada Manual Pengemaskinian Pergerakan Keluar Pejabat.

Untuk makluman semua, “Borang Permohonan Keluar” adalah masih digunapakai dan semua staf ELTC WAJIB mengisinya seperti biasa.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: