UNIT PEPERIKSAAN

BORANG KERJA KURSUS DAN PEPERIKSAAN

Kursus C-PELT telahpun berlangsung pada 9 Ogos 2010 (Ambilan 2010) dan akan berakhir pada 11 November 2010. Sehubungan degan itu, BKKP telahpun di serahkan kepada “Subject Leaders” ( Dr .Mindy untuk subjek Writing, Cik Jasvir untuk Listening and Speaking, dan Cik Elaine untuk subjek Reading) untuk tindakan selanjutnya. Dengan itu, diharap pensyarah-pensyarah yang terlibat boleh memberi kerjasama dalam mengisi (key in) markah ke dalam templat yang telah disediakan. Tarikh serahan markah adalah pada 29 Oktober 2010.

Untuk  pensyarah-pensyarah yang terlibat dengan fasa ke 2 C-PELT, templat juga sudah sedia ada dan telah diberikan kepada “Subject Leaders” masing-masing. Pengisian markah kerja kursus adalah dalam bentuk 100%. Formula di dalam program tersebut akan terus mengira  dan  menukar peratusan markah seperti yang  telah diputuskan di dalam Modul C-PELT. Sekiranya terdapat masalah di dalam “conversion of the marks” , sila berhubung terus dengan S/U peperiksaan supaya formula dapat diperbetulkan.

So to all lecturers and subject leaders, happy keying in the data!

OXFORD PLACEMENT TEST

Peperiksaan ini dilaksanakan dalam rangka mengumpul data tentang tahap profisiensi guru- guru sekolah rendah yang sedang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris di seluruh Malaysia. Data ini amatlah penting untuk ELTC dan BPG dalam merangka kursus-kursus yang bakal  di rancang dan dilaksanakan dalam membantu guru-guru tersebut.

Peperiksaan ini telah ditadbirkan di semua IPG di seluruh Malaysia dan sedang dilaksanakan dalam fasa terakhir. Cuma tinggal beberapa IPG lagi yang masih lagi melaksanakan peperiksaan ini kerana kursus Profisiensi di beberapa IPG masih lagi berterusan sehingga akhir Oktober.

Data terkini Oxford Placement Test :

DATA BAND 5,6 DAN7 = 611

DATA BAND 1,2,3,4 = 1524

Comments are closed.

%d bloggers like this: