ICT

PENGGUNAAN CLOUD LIVE@EDU

ELTC telah menjalinkan kerjasama dengan Microsoft Malaysia untuk mengaplikasi teknologi cloud Live@Edu. Melalui kerjasama ini, staf ELTC boleh menggunakan kemudahan aplikasi berikut secara percuma di dalam menjalankan tugas seharian:

PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT

Adalah dimaklumkan bahawa pihak syarikat Thames Technology Sdn. Bhd akan melakukan penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) bagi peralatan ICT yang dibekalkan oleh mereka di bawah kontrak MOE(COM:BPG)A201/2009 seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh : 26 April – 27 April 2011
  • Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
  • Tempat : Tempat duduk masing-masing 

IN HOUSE PENGGUNAAN SP2E KEPADA SEMUA STAF ELTC

Unit ICT telah selesaikan mengadakan in house penggunaan Sistem Pengurusan Elektronik ELTC (SP2E) pada 08.02.2011 (staf akademik) dan 11.02.2011 (staf bukan akademik)  yang lalu.

Maklumbalas yang diterima adalah amat baik sekali dan segala input yang diterima akan digunakan untuk menambah baik sistem dari masa ke semasa.

Staf boleh mencuba sistem tersebut di url berikut: http://eltc.servehttp.com

MIGRASI PERKHIDMATAN EMEL ELTC

Dimaklumkan bahawa pihak pembekal perkhidmatan emel telah melakukan beberapa proses migrasi kepada sistem emel ELTC. Proses migrasi tersebut melibatkan perubahan server simpanan emel daripada versi Windows Server 2003 kepada Windows Server 2008. Selain itu, perisian pelayan emel juga telah ditukar daripada MailEnable kepada SmarterMail Professional 5.5.

Sehubungan itu, tuan diminta menggunakan URL http://webmail.eltc.edu.my untuk mengakses emel. Untuk makluman, kata laluan bagi semua pengguna telah diset kembali kepada 123456. Sila masukkan alamat emel dan kata laluan 123456 pada ruangan login emel.

Sebarang pertanyaan atau masalah boleh dirujuk kepada Encik Mohd Sufian Bin Othman di sambungan 116.

PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN (PREVENTIVE MAINTENANCE) PERALATAN ICT

Unit ICT sedang menjalankan proses penyelenggaraan pencegahan bagi peralatan ICT. Penyelenggaraan ini adalah yang kedua bagi tahun 2010 dan dilakukan oleh Syarikat Tegas Komputer Sdn. Bhd selaku kontraktor yang dilantik.

Penyelenggaraan dilakukan berdasarkan ketetapan berikut:

  • Tarikh: 24.11 – 08.12.2010
  • Tempat: Tempat masing-masing

Semua staf diminta memberikan kerjasama.

SISTEM PENGURUSAN ELEKTRONIK ELTC (SP2E)

Unit ICT sedang membangunkan Sistem Pengurusan Elektronik ELTC (SP2E) sebagai salah satu program inovasi Jabatan Pengurusan. Sistem ini akan menggabungkan semua aspek pengurusan seperti permohonan cuti, permohonan keluar pejabat, perkongsian dokumen dan penghantaran memo secara atas talian dan berpusat . Sistem ini dicadangkan untuk digunakan sepenuhnya oleh semua staf mulai tahun 2011. Semua staf boleh menguji prototaip sistem ini di URL berikut:

http://eltc.servehttp.com

INFO TERBARU PENEMPAHAN MULTIMEDIA SUITE

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui jadual penggunaan Multimedia Suite bolehlah merujuk di Papan Kenyataan Jabatan Bahasa & Teknologi di luar Multimedia Suite. Sebarang penampahan boleh dilakukan terus dengan mengisi borang  (boleh juga didapati di ICT Factory) dan diserahkan kepada En. Rosdi. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Rosdi di talian sambungan 128 ataupun terus berjumpa dengan pegawai berkenaan. Harap maklum.

PEMASANGAN PERISIAN ANTIVIRUS BARU SYMANTEC

Unit ICT telah melakukan pemasangan antivirus baru iaitu Symantec pada semua komputer staf ELTC mulai pada 26.Julai 2010. Pemasangan tersebut adalah bagi menggantikan antivirus terdahulu iaitu Kaspersky yang telah tamat tempoh lesen.

Maklumat lanjut berkenaan antivirus tersebut boleh diperolehi di http://www.symantec.com/index.jsp


PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN (PREVENTIVE MAINTENANCE) KOMPUTER DAN PERALATAN ICT

Unit ICT telah melakukan penyelenggaraan pencegahan ke atas komputer dan peralatan ICT yang berkaitan seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh: 31 Mei – 18 Jun 2010
  • Masa: 9.00 pg – 5.30 pg
  • Tempat: Tempat duduk masing-masing

Terima kasih diucapkan kepada semua staf kerana telah memberikan kerjasama dengan yang baik sekali  semasa penyelenggaraan tersebut berjalan.


 
 
SENTIASA PASTIKAN ANTIVIRUS DIKEMASKINI(UPDATE)
 
 
Kepada semua pengguna komputer di ELTC, sila pastikan antivirus yang terdapat dalam komputer anda dikemaskini. Cara yang paling mudah mengenalpasti sama ada antivirus sudah memerhatikan ikon antivirus di bahagian bawah sebelah kanan komputer anda. Jika warnanya jelas maka sudah dikemaskini manakala jika kurang jelas(grey) maka belum lagi dikemaskini. Kebiasaanya hampir semua komputer telah di ‘setting’ auto update. Pengemaskinian antivirus sangat penting bagi menjamin keselamatan komputer yang anda gunakan. Sekiranya menghadapi sebarang masalah sila hubungi juruteknik anda En. Rosdi. Terima kasih.
 
PREVENT BETTER THAN CURE.
 
 
 
 
 
PENYELENGGARAAN KOMPUTER
Sila rujuk lampiran  mengenai jadual perlaksanaan penyelenggaraan bagi komputer/laptop masing-masing disini.   JADUAL PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT
 
AMARAN SERANGAN VIRUS WORM_DOWNAD.AD
 
Untuk makluman, sejenis virus komputer Worm_downad.AD sedang menyerang Server/PC/Notebook pengguna KPM.
 
Simptom-simptom serangan virus adalah seperti berikut:-
-Pengguna gagal log masuk komputer kerana dihalang (Windows Credential Port traffic 445 begitu tinggi dan access rangkaian menjadi sangat perlahan, capaian ke website keselamatan gagal(contoh: Trendmicro.com, Microsoft.com))
 
Ciri-ciri komputer berisiko tinggi dijangkiti virus adalah:-
1) Tiada kata laluan
2) Katalaluan yang lemah atau mudah diteka seperti password, pasword 123, 1234, dsb
3) Tidak melakukan Windows Update (Security update boleh dilakukan sendiri, log masuk sebagai administrator)
4) Pattern antivirus tidak terkini (update boleh dilakukan sendiri, contoh bagi antivirus karpersky, right klik ikon karpersky pada taskbar sebelah kanan skrin utama PC, dan pilih Update)
 
Sila dapatkan nasihat dan bantuan daripada Puan Ajimas & En Rosdi jika terdapat sebarang masalah.

Urusan membawa keluar peralatan ICT dari pejabat untuk tujuan rasmi

Mulai 05 Mac 2009, segala urusan pinjaman peralatan ICT yang memerlukan penggunaannya di luar kawasan pejabat, perlu mendapatkan kelulusan daripada Pengarah terlebih dahulu. Sila isi borang Kebenaran Membawa Dan Menggunakan Peralatan ICT di Luar Jabatan yang boleh dimuat turun di link berikut:-

borang kebenaran membawa peralatan ict keluar pejabat

Untuk merujuk proses peminjaman peralatan ICT secara keseluruhan, sila klik pada link dibawah:-

carta alir proses peminjaman peralatan ICT

Tempahan Makmal – Multimedia Suite (MMS)

Untuk menyemak tempahan MMS, sila ke laman utama Blog Jabatan Pengurusan. Di bawah seksyen Blog Roll, klik Jabatan Bahasa & Teknologi. Kemudian di Blog Jab. bahasa & teknologi, klik pada link di bawah Reservation:ICT Suite 2009 untuk melihat kalendar tempahan MMS yang telah dibuat.

Bagi membuat tempahan, sila isi borang LAM-PT22-01 dan serahkan samada kepada En. Rosdi, Pn. Ajimas, Pn Jayanti atau Pn Joy Quah.

Borang boleh dimuat turun di link berikut:-

http://www.geocities.com/icteltc/MAKMAL.doc

Borang Pinjaman Peralatan

Bagi setiap peminjaman peralatan ict.  Sila isi borang ini sebanyak 2 salinan dan serah kepada En. Rosdi ataupun Pn. Ajimas. Sila klik di bawah untuk muaturun borang.

/http://www.geocities.com/icteltcLAM-PT22-02.doc

Borang Penyelenggaraan/Kerosakan

Borang penyelenggaraan/Kerosakan (LAM-PT22-03) boleh diperolehi di tingkat 7 atau klik url dibawah untuk muaturun.

/LAM_PT22_03.dochttp://www.geocities.com/icteltc

Penggunaan e-mel ELTC

Click pada link di bawah untuk melihat tatacara penggunaan e-mel ELTC

http://docs.google.com/Doc?id=dhrhhw26_23htk2f6ds

<http://eltc.servehttp.com

Leave a comment